Tuesday, December 28, 2010

NANOTEKNOLOGI DALAM PERTANIAN

PENANAMAN  
 Nanoteknologi dijangka banyak memberi manfaat dalam bidang ini meliputi 
bidang penanaman dengan penghasilan baja dan zat penggalak, sistem
kawalanmenggunakan nanoteknologi, keselamatan makanan, 
sistem kawalan penyakit, kawalan alam sekitar dan lain-lain. 
   Terdapat banyak produk berasaskan nanoteknologi berkaitan dengan 
pertanian dan industri asas tani sedang dibangunkan dan ada di antaranya 
telah memasuki pasaran. Baja pelepasan perlahan yang berkecekapan tinggi 
telah digunakan secara meluas dalam bidang pertanian di Eropah,
Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan. Beberapa syarikat perladangan besar 
di Malaysia juga telah mula berminat dalam penggunaan baja jenis ini.
Baja jenis ini dikatakan dapat meningkatkan hasil pertanian yang 
memberangsangkan di samping menjimatkan perbelanjaan. 
   Bahan pengaktif-nano atau perangsang-nano yang berfungsi sebagai 
perangsang penghasilan buah juga merupakan di antara produk 
nanoteknologi yang telah dipasarkan dan mendapat permintaan tinggi
dalam pertanian moden. Ia dikatakan dapat meningkatkan hasil 
pertanian dari 20 peratus sehingga 50 peratus. 
   Alat penderia-nano jenis penderia-kimia berasaskan bahan 
berstruktur-nano telah diguna bagi menentukan keberkesanan 
penggunaan baja dalam sektor perladangan. Selain dari itu juga alat
pengesan ini digunakan bagi memantau sisa racun serangga di dalam 
air, ia amat berfaedah bagi memastikan pencemaran air di kawasan 
pertanian dan persekitarannya. Penggunaan zarah-nano dalam sistem 
pengangkut di dalam tanah, air dan pokok juga merupakan teknologi
yang mesti diterokai bagi mengembangkan lagi penggunaan
nanoteknologi.


PENTERNAKAN
   Penggunaan zarah-nano bersalut nutrien yang digunakan bersama makanan 
ternakan amat diperlukan kerana ia memberi kesan yang pantas.
Ia amat berguna dalam bidang ternakan seperti ayam dan lembu serta
ternakan air seperti ikan dan udang.


Sumber: DR. SAIFOLLAH ABDULLAH dan DR. MOHAMAD RUSOP, 
pensyarah Institut Sains,Fakulti Sains Gunaan,
 Universiti Teknologi Mara (ebook for you)(entri 10/7/2007)

NANOTEKNOLOGI DALAM PERUBATAN

PENGGUNAAN DALAM MRI.


  Nanoteknologi telah digunakan dalam pelbagai cabang dalam bidang perubatan.Antaranya ialah pengimejan perubatan MRI(Magnetic Resonance Imaging) merupakan salah satu 
teknologi yang menggunakan teknologi nanoteknologi. MRI  merujuk  kepada  kaedah penghasilan
imej organ  dalaman  organisma  hidup seperti manusia  melalui  penggunaan  partikel  nano dan daya magnet 
yang  kuat  mengelilingi badan.Imej yang dihasilkan  dapat  memberi  gambaran 1000 kali  lebih  jelas
berbanding  dengan  bahan kontras(pewarna).Selain  itu, imej  tersebut  dapat  diambil  daripada  pelbagai 
dimensi  atau  sudut.MRI  tidak mendedahkan  pesakit  kepada  radiasi. MRI  membantu  doktor  melakukan
kerja-kerja diagnostik penyakit dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat.





KAJIAN TENTANG PENAWAR KANSER TORPEDO.
   Selain MRI, School of Pharmacy di London, telah membuat kajian tentang teknologi nano 
yang boleh digunakan dalam merawat penyakit kanser yang tidak dapat disembuhkan melalui 
pembedahan kerana kanser tersebut berdekatan dengan organ dalaman yang penting. 


   Melalui kaedah ini, gen-gen dalam tubuh pesakit kanser akan dibalut dengan partikel 
nano yang bersifat mikroskopik yang akan diambil oleh sel kanser tetapi bukan sel-sel
lain yang sihat.Apabila gen-gen ini masuk ke dalam sel kanser, gen ini akan merangsang
pengeluaran sejenis protein yang akan memusnahkan sel-sel kanser tersebut. Walaupun 
kaedah ini baru diuji ke atas tikus, namun dalam masa 2 tahun, ujian ke atas manusia akan
dijalankan. Menurut ketua penyelidik kajian ini, Dr. Andreas Schatzlein, terapi gen ini
mempunyai potensi besar untuk mencipta perubatan kanser yang selamat dan berkesan.
Ini adalah kali pertama, partikel nano, menunjukkan ciri sebegini. Apabila dalam sel kanser,
gen dalam partikel ini akan dapat mengenal pasti persekitaran yang dicemari kanser,
lalu bertindak. Toksik terhasil tetapi hanya pada sel  kanser, dan tidak pada tisu yang sihat.
Kaedah ini diharap dapat digunakan kerana kebanyakan kimoterapi yang dijalankan banyak
meninggalkan kesan sampingan antaranya, keguguran rambut, mual, kelesuan dan banyak lagi. 
Sumber: BBC NEWS 

Wednesday, December 22, 2010

SEJARAH NANOTEKNOLOGI




Nanoteknologi melangkaui lewat abad ke-19 apabila sains koloid mula-mula berakar umbi. Walaupun tidak dirujuk sebagai "nanoteknologi" ketika itu, teknik-teknik yang sama masih diterimaguna pada hari ini untuk mensintesiskan banyak daripada bahan-bahan pada saiz nanometer.
Sebutan pertama bagi sesetengah konsep nanoteknologi (tetapi sebelum penggunaan nama itu) adalah dalam "Masih Terdapat Banyak Ruang di Bawah" ("There's Plenty of Room at the Bottom)", sebuah ceramah yang disampaikan oleh ahli fizik Richard Feynman kepadaPersatuan Fizikal Amerika di Caltech pada 29 Disember 1959.
Istilah "nanoteknologi" ditakrifkan buat pertama kali oleh Norio Taniguchi, Profesor Universiti Sains Tokyo, pada tahun 1974 dalam kertas kerjanya, "Mengenai Konsep Asas 'Nanoteknologi'," sebagai berikut: "'Nanoteknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul."
Pada dekad 1980-an, idea asas untuk takrif ini diperiksa dengan teliti oleh Dr. Eric Drexler. Beliau mempromosikan keertian teknologi untuk fenomena-fenomena dan peranti-peranti skala nano melalui ucapan-ucapan dan buku-bukunya, "Enjin-enjin Penciptaan: Era Nanoteknologi Yang Akan Datang" (Engines of Creation: The Coming Era of Nanotechnology) dan "Sistem-sistem Nano: Jentera Molekul, Pengilangan dan Pengiraan" (Nanosystems: Molecular Machinery, Manufacturing, and ComputationISBN 0-471-57518-6) dan disebabkan beliau, istilah itu memperoleh maksud kini.
Nanoteknologi dan nanosains bermula pada awal 1980-an dengan dimajukan dua perkara: kelahiran sains kelompok dan penciptaanmikroskop penerowongan imbasan (scanning tunneling microscope - STM). Kemajuan ini mendorong kepada penemuan fuleren pada 1986dan nanotiub karbon beberapa tahun kemudian. Mikroskop daya atom dan mikroskop terowong imbasan merupakan dua versi pertama pengesan yang memperkenalkan nanoteknologi.
Teknologi kini menggunakan istilah 'nano' tidak terlalu berkaitan dan agak jauh dengan matlamat teknologi perubahan dan istimewa bagi cadangan pengilangan molekul, tetapi istilah tersebut sering membawa kepada idea tersebut. Maka, mungkin berbahaya yang "buih nano" akan terbentuk daripada penggunaan istilah tersebut oleh para saintis dan usahawan untuk mendapatkan keuntungan, tanpa menghiraukan (dan mungkin kurang) minat dalam kemungkinan perubahan kerja yang lebih kelihatan berwawasan tinggi dan jauh.
Peralihan sokongan yang berasaskan janji cadangan seperti pengilangan molekul untuk projek yang lebih biasa juga mungkin akan menimbulkan pandangan sinis yang tidak wajar terhadap matlamat paling hebat tersebut: seorang pelabur yang tertarik oleh pengilangan molekul yang melabur dalam 'nano' hanya untuk mendapatkan yang sains bahan tipikal memperolehkan keputusan yang mungkin menyimpulkan yang semua idea tersebut hanyalah satu gembar-gembur, tidak mampu untuk menghargainya yang semua ini boleh dimungkinkan dengan kekaburan istilah itu. Dalam kata lain, sesetengah telah berbalah yang publisiti dan kecekapan dalam bidang yang berkaitan yang dijanakan oleh bantuan seperti projek 'nano ringan' adalah berharga, walaupun tidak langsung, dalam kemajuan kepada matlamat nanoteknologi.
Nanoteknologi merupakan bidang kesimpulan yang didokumenkan dalam monograf nota kaki "Gembar-gembur Nano: Kebenaran di Sebalik Desas-desus Teknologi Nano" (Nano-Hype: The Truth Behind the Nanotechnology Buzz). Kajian yang telah diterbitkan tersebut (dengan kata-kata oleh Mihail Roco, ketua NNI) menyimpulkan yang apa yang dijual sebagai "nanoteknologi" merupakan sebuah penyusunan semula sains bahan, yang membawa kepada "industri nanotek yang dibina hanya berasaskan penjualan tiub nano, wayar nano dan yang sepertinya" yang akan "berakhir dengan beberapa pembekal menjual barangan sampingan dengan jumlah yang banyak."
Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan.
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
  • risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
  • risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
  • risiko yang datangnya daripada masyarakat sendir

NANOTEKNOLOGI


Nanoteknologi ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar(tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air.
Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
  • satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
  • dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
  • tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm