Tuesday, December 28, 2010

NANOTEKNOLOGI DALAM PERUBATAN

PENGGUNAAN DALAM MRI.


  Nanoteknologi telah digunakan dalam pelbagai cabang dalam bidang perubatan.Antaranya ialah pengimejan perubatan MRI(Magnetic Resonance Imaging) merupakan salah satu 
teknologi yang menggunakan teknologi nanoteknologi. MRI  merujuk  kepada  kaedah penghasilan
imej organ  dalaman  organisma  hidup seperti manusia  melalui  penggunaan  partikel  nano dan daya magnet 
yang  kuat  mengelilingi badan.Imej yang dihasilkan  dapat  memberi  gambaran 1000 kali  lebih  jelas
berbanding  dengan  bahan kontras(pewarna).Selain  itu, imej  tersebut  dapat  diambil  daripada  pelbagai 
dimensi  atau  sudut.MRI  tidak mendedahkan  pesakit  kepada  radiasi. MRI  membantu  doktor  melakukan
kerja-kerja diagnostik penyakit dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat.





KAJIAN TENTANG PENAWAR KANSER TORPEDO.
   Selain MRI, School of Pharmacy di London, telah membuat kajian tentang teknologi nano 
yang boleh digunakan dalam merawat penyakit kanser yang tidak dapat disembuhkan melalui 
pembedahan kerana kanser tersebut berdekatan dengan organ dalaman yang penting. 


   Melalui kaedah ini, gen-gen dalam tubuh pesakit kanser akan dibalut dengan partikel 
nano yang bersifat mikroskopik yang akan diambil oleh sel kanser tetapi bukan sel-sel
lain yang sihat.Apabila gen-gen ini masuk ke dalam sel kanser, gen ini akan merangsang
pengeluaran sejenis protein yang akan memusnahkan sel-sel kanser tersebut. Walaupun 
kaedah ini baru diuji ke atas tikus, namun dalam masa 2 tahun, ujian ke atas manusia akan
dijalankan. Menurut ketua penyelidik kajian ini, Dr. Andreas Schatzlein, terapi gen ini
mempunyai potensi besar untuk mencipta perubatan kanser yang selamat dan berkesan.
Ini adalah kali pertama, partikel nano, menunjukkan ciri sebegini. Apabila dalam sel kanser,
gen dalam partikel ini akan dapat mengenal pasti persekitaran yang dicemari kanser,
lalu bertindak. Toksik terhasil tetapi hanya pada sel  kanser, dan tidak pada tisu yang sihat.
Kaedah ini diharap dapat digunakan kerana kebanyakan kimoterapi yang dijalankan banyak
meninggalkan kesan sampingan antaranya, keguguran rambut, mual, kelesuan dan banyak lagi. 
Sumber: BBC NEWS 

No comments:

Post a Comment